Elementor #1147

Pusat Hemodialisis Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) Taman Melati telah mula beroperasi dengan kemasukan pesakit secara berperingkat mulai 1 Jun 2022 dengan kapasiti 12 buah mesin dialisis. Pusat hemodialisis ini telah dirasmikan oleh KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada 28 Julai 2022.